Jumaat, 31 Julai 2009

Lencana SMK Taman Pasir Putih




MOTO :
BERDISIPLIN, BERILMU, BERWAWASAN

KETERANGAN LAMBANG DAN WARNA LENCANA SMK TAMAN PASIR PUTIH

Buku - Melambangkan cara pemikiran yang rasional dalam menyelesaikan segala masalah
yang berlaku agar mendapat keputusan yang adil dan saksama.

Obor - Melambangkan semangat kesukanan yang tinggi dan sentiasa ingin melakarkan
kejayaan dalam setiap peringkat yang diceburi.

Bulatan - melambangkan kerjasama dan toleransi kalangan pentadbir, guru, pakerja, ibu bapa
dan pelajar bagi mencapai satu matlamat, iaitu untuk cemerlang dari aspek sahsiah
dan akademik.

Balang & Atom - Bersedia untuk mengikuti perkembangan Sains & Teknologi sejajar dengan
seruan kerajaan untuk melahirkan Negara industry dan rakyat yang celik.

Jangka Lukis -Melambangkan segala kerja dan pelaksanaan yang dilakukan mestilah dengan
cara yang sistematik dan tepat.

Biru - Melambangkan perpaduan kalangan guru, pelajar dan masyarakat yang terdiri dari
pelbagai kaum dan bangsa sejajar dengan Negara, iaitu untuk memupuk semangat
perpaduan kaum.

Merah - melambangkan keberanian dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab dalam
mencapai matlamat pendidikan Negara iatu untuk melahirkan insane yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini juga melambangkan kesungguhan
untuk menempa kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi.

Lagu Sekolah

KE PUNCAK JAYA

Satu haluan dan harapan ke puncak jaya
Berjuang dalam mencapai persada dunia
Bersatu hati susah senang dihadapi
Mencapai hasrat tinggi nilai murni dihayati
Tersohor SMK Taman Pasir Putih
Amal budaya kualiti
Gagah memperkasa sekolah kami
Kegemilangan nyata
Kami semua warga sekolah berbangga
Mencurah bakti dan setia hingga berjaya
Setiap misi cogankata jadi panduan
Disiplin Ilmu Wawasan teras jadi pegangan
Disiplin Ilmu Wawasan teras jadi pegangan

Isnin, 27 Julai 2009

Sejarah Sekolah

SMK Pasir Putih telah mula dibina pada 23 Mac 2000 oleh kontraktor Pelangi Wira (M) Sdn. Bhd. dan telah siap sepenuhnya pada 13 Jun 2001. SMK Pasir Putih telah dibina di atas tanah lot No. 73892, di Taman Pasir Putih, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru. DUN Tiram merupakan kawasan politiknya.
Sekolah ini telah beroperasi dengan rasminya pada 1 Januari 2002. Majlis Penyerahan Watikah Pembukaan Sekolah ini telah dilakukan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria bin A. Shukor, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, pada 7 Januari 2002. Pada hari pembukaannya iaitu pada 3 Januari 2002, SMK Pasir Putih mempunyai 25 orang guru dengan bilangan pelajar hampir mencecah 500 orang yang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2 dan 4. Pada tahun yang sama, aliran 4 Sains dibuka di samping kelas Aliran Sastera. Sehingga tahun 2009, seramai 4 orang pengetua telah menerajui sekolah ini. ama sekolah ini diambil sempena nama Taman Pasir Putih isitu tempat di mana sekolah ini dibina.